Total Pageviews

Friday, February 11, 2011

Aminul Fadzrin:The eXplorer!

Bismillah....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengetua......
hahahha,teringat kembali zaman-zaman sekolah menengah jadi emcee dulu..ahhahaha....

Untuk post ni,sesuai dengan tajuk,post ni akan memfokuskan ke arah travel geek macam saya ni.Satu perkara yang define Aminul ialah travelling.Kalau ada masa dan wang,mesti pergi somewhere,memang tak akan lepas punya.You see,saya memang tak suka stay di tempat yang sama untuk tempoh yang lama...I had to go somewhere.
Berbeza orang memang berbeza cara pengembaraan dan perjalanan.Some people suka travel to hutan belantara.some people suka travel guna kapal layar di lautan.But me,I consider myself to be a concrete jungle explorer.Saya suka tengok bandar-bandar,terutamanya pada waktu malam.Setiap manusia yang melancong mesti ada target of interest.Ada yang melancong kerana cari baju best2,ada yang melancong kerana cari barang elektronik,dan macam-macam lagi.Tapi saya,kalau pasal melancong ni,makanan adalah sasaran saya.Saya suka merasa makanan yang unik,yang define a place...Macam di Kedah dengan cendol pulutnya,di Johor dengan Laksa Johor dan otak-otaknya,dan pelbagai lagi.Makanan ini macam mengingatkan saya tentang tempat tu dengan lebih baik berbanding gambar.I know how that place "taste" like,you get what i mean? ahahhahah!

Untuk pengembaraan saya kali ini,saya telah membuat keputusan untuk pergi ke capital negara Malaysia yang tercinta,iaitu Kuala Lumpur.Tidak ada apa-apa yang mustahak,cuma ingin melawat mak saudara sebelah ayah yang telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka tinggi dari Bosnia Herzegovina.Niat untuk berjumpa rakan karib lama dari Marudi juga telah disematkan dalam hati.Hendak berjalan-jalan untuk menyelami Kuala Lumpur dengan lebih dalam lagi,supaya pengalaman akan terkunci di dalam memori.

Perjalanan saya pada kali ini bermula dengan satu panggilan telefon yang tidak disangka-sangka,iaitu dari Supreme Head of Command,Commander in Chief,iaitu ayah saya.Dia bertanya adakah saya tidak pergi ke mana-mana semasa cuti Tahun Baru Cina  ni.Saya pun memberitahu bahawa saya mungkin akan ke Penang untuk bertemu rakan2.Tapi ayah pun menitahkan bahawa:
"Tak payah g sana,baik kau g KL lawat mak cik kau kat sana"
dan tanpa melawan dan membalas,saya pun mengatakan ya.Tapi logik jugak,kerana rakan saya di KL telah mengajak saya ke KL terlebih dahulu.Lalu saya pun membuat keputusan untuk pergi pada hari Sabtu,5/02/11.


D-Day minus 24 hours-Jumaat 4/2/2011


Perjalanan ini bermula dengan niat saya untuk membeli tiket bas untuk ke Bukit Jalil,Kuala Lumpur dari Changlun.Tepat pukul 2 petang saya dan rakan secourse saya,Azizul pun mula untuk pergi ke sana.Setiap booth tiket bas telah kami tanya,namun hampa sekali,kerana tiket yang saya hendak beli untuk ke KL esok telah habis dijual.Mak cik penjual tiket tu pula mengatakan saya perlu pergi ke Alor Setar,39 kilometer jauhnya untuk mencuba nasib di sana.Lantas saya dan Azizul pun bergegas untuk pergi ke Alor Setar dan pergi ke stesen bas Shahab Perdana.Kami pun masuk ke dalam tempat membeli tiket bas di sana,namun hampa seklai lagi melanda diri,apabila tiket juga habis dijual.Terpampang di pintu utama booth tiket tersebut:

"Tarikh keramat-5/2/11 hingga 7/2/11-->tiket telah habis dijual untuk ke semua destinasi"

Aminul,lain kali kalau nak travel plan awal2 dulu.Hahahahhaha.

Tidak mengapa,alternatif lain tetap ada.Lalu saya pun terus pergi ke stesen kereta api Alor Setar untuk mencuba nasib untuk membeli tiket kereta api,namun sindrom tiket habis ni juga telah melanda lagi! Tapi akak tu ada memberitahu,koc tambahan akan disediakan,tapi kena pergi ke kaunter ni pada waktu pagi,dalam pukul 10 macam tu.Lalu kami pun beredar,dan setelah shopping sekejap di City Mall(terbeli jugak jaket hitam B.U.M equipment akhirnya..ehhe),kami pun pulang semula ke UUM,Sintok.

Alor Setar,bersebelahan dengan City Mall
D-DAY-SABTU,5/2/2011

Perjalanan pada hari itu bermula pada pukul 9 pagi,dengan menaiki bas Darulaman Express direct to Alor Setar.Sebelum membuat apa2,saya telah membuat perkiraan sebenarnya.Saya tahu saya boleh jalan kaki terus dari Pekan Rabu menuju ke stesen kereta api.Namun saya juga tahu pemandu teksi di Pekan Rabu ni amat arif dengan keadaan di sana dan amat mengenali orang2 ramai di sana,dan sudah tentu mereka mempunyai connection di dalam kaunter stesen kereta api......."well,it's worth the shots,walaupun duit akan hilang sedikit,asal tiket dapat",monolog ku di dalam hati.
Setelah sampai di Pekan Rabu,saya mencari pemandu teksi yang nampak tua sikit,kerana saya tahu tua-tua ni pengalaman banyak,orang pun banyak dia kenal.Saya pun meminta dia menghantar saya ke stesen kereta api.Sudah sampainya di sana,saya melihat selaut manusia sedang berbaris sampai ke luar pintu stesen.Adakah saya akan mendapat tiket pada hari ini? Ekonomi pun cukuplah....asal sampai.
stesen kereta api Alor Setar,Kedah
Saya pun turun dari teksi itu dan turut berbaris sama,sambil orang di belakang saya terus bertambah dan barisan itu semakin memanjang.Lalu saya memberi window masa untuk berbaris ini iaitu selama 2 jam sahaja,dan kalau lebih,saya surrender.Panas terik matahari telah mencengkam diri,dan barisan ini tetap tidak berganjak.Tiba-tiba pak cik teksi tadi menyentuh bahu saya dan menyapa saya,dan menyuruh saya untuk pergi ke tempat tersorok sikit.
"Tak payah berbaris lah,nak.Ni pak cik dah suruhkan kawan pak cik belikan,dia kerja kat sini"
NAH! Ternyata! ternyata pihak pembangkang.....wait the minute,ini bahas dulu.....moving on...Nah! ternyata sekali my risk of taking the taxi has been calculated right!...memang best lah,sasaran mengena..inilah namanya Human Intelligence...ahahhaha...orang dalam stesen KTM tu telah membeli tiket kereta api untuk saya,dari Alor Setar terus ke KL Central!.ahahhahahhahah....nice......setelah tiket saya dapatkan,saya pun pergi ke Pusat Dakwah yang terletak bersebelahan dengan City Mall,ada surau di sana,dapat saya tidur sekejap dan berehat....
tempat saya berehat
masih lengang
sabar.......



Mari kita jump to 3 hours later in stesen kereta api,bila mana saya menunggu kereta api untuk sampai.Saya melihat tiket saya,dan kelas ekonomi tertera di atas tiket...macam mana la kelas eko ni nanti? selesa tak? kerana last time saya naik kereta api,saya stay kat coach yang ada katil.Memang selesa lah..memang best,walaupun 10 hours...so saya pun mula menunggu.Bekalan air dan sedikit makan ringan telah pun saya beli terlebih dahulu.

"Chooooo....chooooooo!,the train has arrived!"

Kepala kereta api,telah pun kelihatan
tepat pukul 7.56 PM,kereta api pun sampai di stesen kereta api Alor Setar.Koc R2 tempat tujuan ku,dan seat 1D.Saya melihat seat itu,cushion,walaupun agak keras sedikit.Tapi,dengan perjalanan 10 jam ini mampukah aku bertahan?Ahhh,boleh saja.Asal sampai!Setelah gerabak kereta api tadi berhenti.Setiap orang yang tengah menunggu berebut-rebut untuk menaiki gerabak,kerana kereta api ini hanya berhenti selama 5 minit di setiap perhentian(kecuali di bukit Mertajam).Saya pun melompat naik ke koc R1 dan make my way to koc R2.....sebelah saja,xlah jauh.Saya melihat seat saya,di window.Bagus,dapat melihat pemandangan,walaupun waktu malam.Selepas itu,kereta api ini secara perlahan-lahan mula bergerak."Ooo,boy.Here we go"

Kereta api pun mula meluncur laju.Destination:Kuala Lumpur.Ketika saya tengah menyiapkan diri untuk tidur,rupanya orang yang duduk di sebelah saya ini ialah seorang wanita.Lalu saya mengeluarkan tips travelling     Aminul Fadzrin #17:Apabila seorang wanita duduk di sebelah anda dan anda tak ada minat untuk bercakap dengannya sepanjang perjalanan,just address her as Kak.Dia akan rasa diri dia lebih senior,dan senior yang selalu control perbualan.So,just shut up and sleep.
Ini ada satu lagi travelling tip bila nak pergi ke mana-mana.Jika anda expect to tidur sahaja sepanjang trip,then  economy class kereta api is NOT the proper class for you.Memang tak dapat tidur,especially duduk depan.Pintu kereta api yang menghubungkan antara koc atau gerabak itu akan dibuka jika ada orang nak pergi kantin or tandas,jadi masa benda tu buka,bisinglah jadinya.And seat saya di depan sekali....weyyyyhhhh,ganasss...
Mata tidak dapat dilelapkan,dek kerana bising dan kereta api ini selalu saja berhenti sebelum sampai ke Bukit Mertajam.Akak di sebelah pula sibuk membaca buku.Bagus,tak ada gangguan.Bolehlah saya merancang perjalanan untuk masa depan ni,hahahhaa.Namun mata ini cuba untuk dileleapkan,manalah tahu boleh tertidur.
......

Bergolek sana,bergolek sini,siap kena offer gula-gula oleh akak sebelah lagi tu..ahahah! Namun x juga dapat tidur,dahla x cukup tidur ni!Haiyaaa...so saya ambil keputusan untuk x payah tidur.Biarlah.Perjalanan pula diteruskan lagi.Banyak juga stesen yang kereta api ini harus berhenti sebelum sapai ke Bukit Mertajam..Contohnya Sungai Petani,dan ada lagi satu dua stesen yang saya tak sempat pick up nama dia..hahaha....and adala 3 orang budak perempuan dari kolej swasta yang mahu pulang semula ke tempat pengajian setelah cuti Chinese New Year..bercerita sampai nak bawak satu gerabak sekali.Memang bising.Nasib baik peneman setiaku,handphone Nokia 5800 Express Music ini setia dan plug in the earphone,I can enjoy Vitaliy Zavadskyy for all night long!
Selang beberapa jam kemudian,kereta api ini pun berhenti di Bukit Mertajam.Kalau nak berhenti di sini memang lama sedikit.Waktu ini ramai orang yang keluar dan hendak membeli makanan bungkus.Namun tidak bagi saya.Better stay in the train.Nanti kalau terlepas,habisla...hahhahah.Namun saya sempat jua melompat keluar untuk mengambil gambar di stesen Bukit Mertajam ini.
Bukit Mertajam
Setelah hampir 20 minit berhenti,kereta api pun mula bergerak kembali.Tapi yang menghairankan,saya rasakan bahawa kereta api ini mengundur,dan semakin laju,dan semakin laju,dan semakin laju!
"Wait the minute,are we reversing all the way to KL Central?"
Kereta api ini pun mula bergerak mengundur.Pergerakan kereta api ini pula semakin laju sehingga di tahap optima kelajuannya.
"Yes,we are reversing all the way to KL"
Haha,bayangkan...bergerak secara mengundur selama 6 jam tanpa henti! Namun apa yang berlaku adalah badan saya terasa amat penat,mata pun dah mengantuk.Bagus,dapatlah saya tidur,dan taklah mengalami keadaan pening sepanjang trip 6 jam ini!I tuck myself with my jacket,and there I was,went to sleep.
On the way to KL,reversing.

Jika dilihat betul-betul,wajah wanita yang duduk itu sudah melambangkan notis "Segala kesulitan amat dikesali" yang terlekat di dinding zink stesen kereta api ini.

D-DAY + 1,KL Sentral,Kuala Lumpur


Kereta api yang mengundur tadi pun akhirnya telah sampai di Kuala Lumpur.What I'm impressed about KL Sentral ni,tak seperti stesen kereta api lain,fasilitas-fasilitas yang terdapat di dalam stesen ini sungguh dinamik,sungguh selesa.Memang sebijik macam a part of KLIA.Lengkap dengan surau,tempat letak bag,tandas bersih,dan pelbagai lagi kemudahan.Even got Secret  Recipe and McDonald!
Namun perjalanan saya ke destinasi persinggahan pertama ini belum selesai lagi,kerana saya perlu pergi ke rumah mak cik saya yang terletak di Tropicana Indah.Lantas,saya perlu ke stesen LRT Kelana Jaya dengan segera,dan bolehlah mak cik saya pick me up in that LRT station.Dengan bantuan Mag,my best friend living in KL dan kakak kaunter LRT itu,saya terus pergi ke Kelana Jaya tanpa sebarang masalah,Alhamdulillah!

LRT station,Kelana Jaya
Setelah sampai,kelihatan kereta Honda Accord berwarna kelabu gelap telah pun menunggu di tempat parking kereta stesen LRT Kelana Jaya,dan mak cik saya,yang bekerja sebagai eksekutif syarikat di KLCC telah pun menunggu.Setelah bersalaman,mak cik saya pun terus membawa saya ke rumahnya,dan di sana lah tempat penginapan saya sepanjang berada di KL ini.Kepala terus diletakkan di atas bantal,dan saya pun tidur for the whole day.Tidak ada apa-apa yang berlaku pada hari ahad itu,cuma bertanya khabar dan bercerita tentang perjalanan saya ke sini.Rakan saya juga telah berjanji untuk membawa saya berjalan-jalan di sekitar area Petaling Jaya pada keesokkan harinya.

ISNIN,7 Febuari 2011-Stesen LRT Kelana Jaya

Hari pertama saya di Kuala Lumpur ini untuk tahun 2011 harus dimulakan dengan berjalan-jalan dan sedikit aktiviti membeli belah! Rakan karib saya semenjak sekolah menengah dahulu,Mag telah berjanji untuk menjadi concierge and escort saya di sekitar area ini.Setelah menunggu tidaklah begitu lama di stesen LRT ini,dia telah datang dengan memandu sebuah Myvi berwarna putih.Nice!
Kami pun meneruskan perjalanan ke Village Park restaurant di Uptown Damansara,hanya untuk melihat bagaimana rasanya nasi lemak yang amat popular itu.Kami pun masuk ke sana setelah mencari parking yang boleh dikatakan sesuai.

Village Park restaurant
Nasi lemak yang popular ini juga pernah dihidangkan di hadapan bekas perdana menteri kita dahulu!
A perfect set of breakfast in KL!

Mag dan nasi lemaknya!


Setelah itu,kami pun terus ke One Utama Shopping Mall.Tidak apa-apa yang mustahak,hanya berjalan-jalan menikmati pemandangan dan bertukar cerita dan pengalaman setelah beberapa lama tidak berjumpa.






Sekitar One Utama
 Setelah itu,kami terus ke The Curve,di mana di sana ada sebuah Sony Centre,dek kerana niat saya untuk mencari wearable Walkman.Di sana kami juga hanya berjalan-jalan,menikmati permandangan indah di sana





Sekitar the Curve.


Setelah itu,kami berdua pun membuat keputusan untuk pulang.Setelah penat mencari-cari rumah mak cik saya itu,akhirnya terjumpa juga rumah itu.Mungkin ini disebabkan dengan skill pathfinding Mag setelah lama tinggal di sini! Haahahah.

Pada malam itu,saya telah dihidangkan dengan makanan klasik rakyat Bosnia-Herzegovina.Tak tahula saya nama makanan ini,tapi makanan ini pada asasnya adalah ayam dan kentang yang telah dipotong.Looks like mashed potatoes with chicken in it,and it's very,very delicious....wonderful!

Pada malam keesokan harinya,saya sekali lagi telah dibawa ke area Uptown,Damansara.Tapi kali ini pada waktu malam.Saya telah dibawa ke restoran open air style di mana saya telah direkomen oleh mak saudara saya ini a type of Cantonese cuisine,campuran antara kuey tiaw dan bihun dan dimasak Hong Kong style.Saya pun tak familiar sangat dengan nama sebenar masakan ini,tapi masakan ini memang sedap.

Makanan yang saya mentioned tadi.


Sekitar restoran 


Pada keesokkan harinya pula,saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar KLCC,sekadar untuk melihat pemandangan dan mengambil satu dua gambar untuk dibawa pulang.Tidak banyak juga yang berubah sebenarnya semenjak lawatan terakhir saya ke sini.Dan pemandangan seperti biasa,memang best!









sekitar KLCC


Tidak disangka-sangka,Khamis 11/2/2011 merupakan hari terakhir saya di Kuala Lumpur ini.Namun sebelum saya bertolak,pak cik saya telah membawa saya ke Low Yat Plaza,Kuala Lumpur.Tempat ini lah merupakan objektif utama saya sepanjang berada di KL ini.





Sekitar Low Yat

Bas waktu malam telah pun dibeli untuk pulang semula ke UUM,Sintok,Kedah Darul Aman.Namun sebelum saya pergi,sempat juga saya menjamu di restoran Original Kayu,juga di area Damansara.Di sana juga saya telah merasai antara roti tissue paling besar pernah saya lihat,dan jika diukur,boleh melangkaui 1 meter!

Memang panjang!


Setakat ini sahajalah pengembaraan saya di Kuala Lumpur ini.Niat di dalam hati telah disemat untuk melawat di tempat lain pula.Terutama di area Semenanjung ini.Sebarang komen,pendapat,dan cadangan atau mungkin juga imbuhan idea/recommendation destinasi saya selepas ini amatlah di alu-alukan! Thanks dan Assalamualaikum!

P/S: ada sedikit gambar untuk tatapan semua
















1 comment: